KUALA LUMPUR: Selebriti terkenal, Elly Mazlein berang dengan sikap usahawan yang mempromosi produk dengan cara mengaibkan.
Jelas penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu, peniaga tidak patut memasarkan produk mereka dengan strategi ‘menjual tubuh’ dan lebih kesal baginya bila mana wanita berhijab yang berbuat demikian.
“Ini nak cakap sikit. Sakit betul hati aku. Sesiapa yang nak menjual produk, juallah betul-betul.
“Pemasaran elok-eloklah sikit. Ini bagi aku video goyang-goyang buah dada. Wanita bertudung joget-joget bergegar-gegar apa benda ini?
“Maruah pergi mana? Tidak tahu malu ke? Jangan bagi aku iklan bingai macam ini ya. Malu dekat diri sendiri,” luahnya di Instastory.