LOS ANGELES: Pentas Pepsi Super Bowl Halftime Showtime tahun hadapan bakal digegarkan oleh nama-nama besar music Rap dan R&B.
Lapor Abc News, penganjur, The NFL, Pepsi dan Roc Nation baru-baru ini mengumumkan persembahan terbesar itu akan dimeriahkan bintang rap kelas A seperti Dr. Dre, Snoop Dogg, Eminem, Mary J. Blige dan Kendrick Lamar.
Gabungan semua penghibur ternama itu bakal menjadi satu kejutan besar kerana buat pertama kalinyasemua ikon muzik itu digabungkan di pentas yang mempunyai kelas tersendiri.
Pengasas Roc Nation, Jay Z menyifatkan persembahan itu nanti sebagai satu sejarah yang bakal tercipta.
Kejohanan The Super Bowl buat pertama kalinya akan kembali ke Los Angeles sejak tahun 1993.
Kejohanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran NBC pada 13 Februari 2022.