Hamil, bukan sesuatu yang buruk untuk disorok-sorok - Neelofa - Utusan Malaysia

Hamil, bukan sesuatu yang buruk untuk disorok-sorok – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Harapan peminat untuk mendengar perkhabaran baik mengenai sejauh mana kebenaran kehamilan Noor Neelofa seakan masih dalam kesamaran apabila usahawan dan selebriti terkenal tersebut tidak memberi kata putus mengenainya.

Tidak mengiyakan atau menafikan, Neelofa bagaimanapun memberitahu mungkin akan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara tersebut sekiranya benar sedang hamil.

“Soalan tentang ini selalu sensitif dan biasanya orang akan ada alasan tersendiri untuk tidak menjawab. Bagi saya sendiri, kalau katakanlah desas-desus itu betul atau tidak, saya akan tunggu masa sesuai untuk kongsikan dengan orang ramai.

“Pada saya, berita gembira seperti itu biarlah doa yang baik-baik daripada orang ramai yang kita harapkan. Kalau ada kawan artis lain yang ada berita gembira pun turut buat yang sama iaitu menunggu saat yang betul untuk umumkan.

“InsyaAllah kalau ada masa yang tepat saya akan kongsikan,”katanya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada program penyerahan Bakul Kasih Prihatin Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) di PPR Pinggiran Bukit Jalil, Bukit Jalil, hari ini.

Turut hadir ialah suaminya, Pencetus Ummah Haris Ismail selain Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

Neelofa sebelum ini meninggalkan tanda tanya ramai apabila dia dikatakan memberi beberapa bayangan tentang kehamilannya secara tidak sengaja termasuk mengusap perutnya semasa membuat sesi siaran langsung di Instagram.

Selain itu, Neelofa, bagaimanapun sedar bahawa lazimnya mana-mana pasangan yang baru berkahwin sememangnya tidak boleh lari daripada ditanya mengenai kehamilan dan zuriat.

“Apa lagi dengan kedudukan saya di mata masyarakat, saya faham orang akan harapkan perkongsian. InsyaAllah saya akan kongsikan. Lagipun soal itu bukan sesuatu yang tak baik sehingga nak disorok.

“Bukan saya saja, sesiapa pun bukan? Baik hal berkahwin atau mengandung semua nak umum pada masa yang betul supaya tidak ada desas-desus negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa mengaku dia dan suaminya Haris, tidak pernah rasa tertekan tentang zuriat apalagi memikirkan soal jantina cahaya mata sekiranya sudah ditentukan kurniaan itu dariNya.

Terdahulu, Neelofa menyerahkan sumbangan kepada 1,000 penerima zakat daripada Bank Rakyat menerusi program tersebut yang turut mendapat kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN).

Program PRIHATIN-MAIWP ini merupakan satu inisiatif PRIHATIN dengan kerjasama MAIWP dan PKN demi keprihatinan bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19.

Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam mendepani cabaran bersama-sama dan hidup sebagai keluarga Malaysia yang membantu antara satu sama lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya