KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi terkenal, Lan Solo, Sheila Hassim memuat naik status berbangga dengan usaha penyanyi Syura dalam membersarkan anak-anak seorang diri.
Berkongsi ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran ibu tunggal berkenaan di Instagram milik Sheila, dia turut berharap semoga persahabatan baik mereka kekal selamanya.
“Selamat hari lahir Syura! Kita mungkin tidak kaya tetapi bahagia. Sebagai seorang yang ada ketika tidak terduga, aku nampak jatuh bangun kau.
“Gigihnya kau membesarkan anak-anak seorang diri. Dicerca dikecam malah dihina, kau tetap berdiri. Aku tabik hormat dengan apa yang kau ada sekarang.
“Ya mungkin jalan hidup kita berbeza tapi kita selalu ada rasa untuk sama-sama bahagia kan? Aku harap persahabatan kita biar sampai bila-bila, aku sayang kau,” luah Sheila.
Selain Sheila, antara rakan kenalan artis dan industri hiburan yang turut melayangkan kiriman ucapan hari lahir seperti pelakon Datin Almy Nadia dan Rozi Sang Dewi.
“Oi perempuan terima kasih banyak-banyak. Ya Allah perkenankanlah, moga Allah menjaga persahabatan ini hingga ke jannah,” komen balas penyanyi Nazam Berkasih pada ruangan komen perkongsian hantaran tersebut.
Sebagai informasi, Syura pernah berkahwin dengan Mohd. Fadhly Md. Yassin pada 29 Mac 2006 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan tiga anak iaitu Nurul Dania Irdani, 14, Nurul Qaisara Sofea, 12 dan Muhammad Irfan Aryan, 10.