KUALA LUMPUR: Pelakon, Fizo Omar dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahannya hari ini.
Khabar angin itu mula menjadi bualan ramai apabila terdapat sumber yang mendedahkan Fizo beberapa minggu sebelum ini sibuk dengan persiapan pernikahannya.
Bagaimanapun, identiti wanita yang dikatakan bakal menjadi suri hati pelakon popular itu masih misteri.
Sebelum ini menerusi perkongsian ulang tahun kelahirannya yang ke-36, Fizo yang juga merupakan ahli perniagaan, berkata, akan menamatkan zaman bujang hujung tahun ini.
“Terima kasih semua atas doa untuk ulang tahun hari lahir saya! Doakan Abe Joe ya. Sebelum semua tanya bila nak kahwin Abe Joe jawab siap-siap. Insya-Allah hujung tahun!,” coretnya.
Untuk rekod, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 dan bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.