Erra Fazira kahwin menteri? - Utusan Malaysia

Erra Fazira kahwin menteri?

ERRA enggan ambil pusing soal dakwaan sudah berkahwin dengan ahli politik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama primadona filem Melayu, Erra Fazira kembali tular selepas didakwa telah berkahwin dengan seorang ahli politik yang juga menteri.

Desas-desus tersebut dibangkitkan seorang pengguna Twitter, abam_kumis yang mendakwa pelakon jelita itu kini bergelar isteri kedua menteri berkenaan.

“Dengar khabar, Erra Fazira sudah menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik. Isteri pertama tahu tidak?” tulisnya.

Dalam pada itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, tampil menjawab dakwaan tersebut menerusi satu perkongsian di Instagram baru-baru ini.

“Tak habis-habis cerita pasal kahwin.

“Orang suka bercakap, biar mereka seronok melakukannya,” tulis pelakon Maria Mariana Itu.

Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 sebelum bercerai pada 2006.

Dia kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007. Mereka dikurniakan seorang anak, Engku Aleesya, 12.

Erra beberapa tahun lalu juga pernah mengakui rapat dengan penyanyi, Shahir namun hubungan mereka berakhir pada 2019.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya