Detik, Kmy Kmo perkenal saluran jana duit buat pengkarya seni - Utusan Malaysia

Detik, Kmy Kmo perkenal saluran jana duit buat pengkarya seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Kmy Kmo memperkenalkan peluang baharu buat pengkarya seni tempatan untuk menjana pendapatan sampingan menerusi Detik NFT (DNFT)

Jelas Kmy, DNFT yang diasaskan bersama sahabatnya Tuan Idris Al-Yahya Tuan Hussein, Muhammad Ridha Mohammad Muslim, Ahmad Syahiir Ahmad Hamdi dan Mohd Uzair Ahmad, bakal membantu ramai karyawan serta artis malah peminat-peminat mereka sendiri tidak kira dari industri seni lukisan grafik digital, video, filem, termasuk muzik.

“Sedikit sebanyak platform ini akan banyak membantu pemuzik, penggubah lagu, dan pelukis yang terjejas dengan kekangan tekanan pandemik yang di mana kita tahu kurang lagu-lagu nak dikeluarkan dan tiada acara galeri lukisan yang dibuat secara langsung atau terbuka.

“Saya amat yakin, kenalan saya yang bergiat sama dalam dunia hiburan dan semua peminat-peminat mereka akan dapat banyak manfaat dari platform dan juga kripto atau token DFNT ini untuk jangka masa panjang sebagai satu aset simpanan masa hadapan dalam dunia digital yang sistemnya semakin memacu ke arah teknologi serba canggih dan sentiasa menuju kehadapan.

“Semoga peluang ini dapat memberi semangat kepada semua penggiat seni untuk terus menghasilkan karya-karya yang kali ini lebih mudah untuk tembus ke pasaran global,” katanya kepada Utusan Malaysia untuk informasi lanjut boleh layari https://detik.ai/.

Untuk rekod, NFT muzik sendiri sudah berkembang pesat di negara luar dan antara artis tersohor terbabit dalam urusan dagangan digital berkenaan antaranya seperti Katy Perry, Eminem, Tory Lanez, Mike Shinoda, Jay Z, DJ Deadmau5, Snoop Dogg, Tony Hawk, Paris Hilton, dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya