PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Ummi Nazeera berkongsi perkhabaran cahaya mata sulungnya, Ayra Aneesah yang mengalami kelukaan di bahagian dagu sehingga terbelah akibat bermain terlalu lasak.
Pelakon drama popular Nur Kasih itu juga memaklumkan permata hatinya itu menjalani pembedahan bagi menjahit semula dagunya yang luka terbelah itu.
Dalam pada itu, Ummi memohon doa warganet agar dipermudahkan segala urusan pembedahan, pagi ini.
“Semalam main lasak sangat sampai jatuh. Dagu terbelah. Jadi, kena jahit pagi ini.
“Tolong doakan Ayra Aneesah. Semoga Allah menjayakan pembedahan tersebut. Aamiin,” kongsinya di Instagram.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya dan rakan selebriti menitipkan doa buat anak perempuannya agar diberikan kesembuhan segera serta pembedahan berjalan dengan lancar.
Sekadar informasi, Ummi selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya, Dr Mohd Anwari pada tanggal 24 Julai 2017.
Hasil daripada ikatan perkahwinan tersebut, pasangan dua sejoli itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.