Caprice perlu rehat, Tiger Of AlQuds terpaksa ditangguh - Utusan Malaysia

Caprice perlu rehat, Tiger Of AlQuds terpaksa ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice memaklumkan terpaksa menangguhkan pelancaran single terbaharunya susulan masih diberi rawatan di hospital akibat sakit dada dan badan kebas yang dialaminya, kelmarin.

Menerusi entri Instagram, penyanyi itu berkongsi perkhabaran itu menerusi Instastory miliknya, sebentar tadi.

Menurut Caprice, single terbaharu berjudul Tiger Of AlQuds sepatutnya dilancarkan pada tanggal 10 Oktober ini, terpaksa ditangguh ke tarikh 21 Oktober sementelah doktor menasihati untuk berehat beberapa minggu lagi.

“Maaf semua susulan keadaan saya sekarang sekarang ini, doktor memberitahu saya perlu berehat untuk beberapa minggu.

“Maka, pelancaran Tiger Of AlQuds perlu ditangguhkan ke 21.10.2021,” jelasnya di Instastory.

Semalam, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit dada ketika bangun pagi yang dikatakan mengalami simptom awal penyakit kelenjar tiroid, selepas menjalani pemeriksaan.

Terdahulu, Caprice menerima kecaman warganet selepas memuat naik pengambaran muzik video berjudul Tiger of AlQuds, di Jordan.

Bagaimanapun, dia memaklumkan itu adalah cara pendekatan jihadnya untuk mendapatkan pengaruh bagi memudah cara misinya kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya