"Berilah alasan yang kukuh" - Poova - Utusan Malaysia

“Berilah alasan yang kukuh” – Poova

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara lantang, Poova mendedahkan pernah kecewa dengan tindakan pengendali sebuah program televisyen yang menolak lagu berbahasa Melayu pertamanya, Karya.

Kata Poova, lebih menyedihkan apabila pihak berkenaan mengklasifikasikan lagu ciptaan Omar K, Shazee Ishak dan Firdaus Rahmat itu sebagai tidak memenuhi kriteria.

“Saya tahu, bukan mudah untuk tembus carta. Tetapi, berilah alasan yang kukuh. Bila disoal kriteria apa yang mereka maksudkan, tiada jawapan.

“Sekurang-kurangnya maklumkan kepada kami dimana kelemahannya supaya ia dapat diperbaiki di masa akan datang,” katanya.

Namun, kekecewaan dialami pemilik nama sebenar Poovanesvary Sri Rama, 40,
ini tidak mematahkan semangatnya untuk tampil menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu pada masa akan datang.

“Sepanjang penglibatan 11 tahun sebagai penyanyi, saya sinonim menyanyikan dan menghasilkan lagu-lagu berbahasa Inggeris.

“Karya adalah single bahasa Melayu saya yang pertama. Tidak mengapalah, mungkin tidak ada rezeki untuk lagu ini dipertandingkan dalam carta muzik tempatan.

“Selepas kecewa dan tertekan, saya bangkit selepas berhari-hari. Semua ini, saya anggap sebagai suka duka seorang anak seni,” ujarnya.

Video muzik lagu ini yang sudah hampir setahun ditayangkan di platform Youtube meraih hampir 8,000 jumlah tontonan.

Rata-rata penonton menyambut baik lagu tersebut dan memuji kebolehan vokal Poova dalam menyanyikannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya