“Baru tahu seksanya rabun…” -Penglihatan Elyana mula kabur - Utusan Malaysia

“Baru tahu seksanya rabun…” -Penglihatan Elyana mula kabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Elyana Emrizal memaklumkan penglihatannya yang terkini sudah mula kabur.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Tak Tercapai Akalmu itu memuat naik satu hantaran gambar yang memaparkan dia sedang duduk berehat di atas kerusi dalam wad hospital.

Menurut Elyana, semasa zaman kanak-kanak dia teringin mengalami mata rabun kerana mahu memakai cermin mata sahaja.

Namun, dia mengakui kini amat terkesan dengan perubahan itu apabila penglihatannya semakin kabur.

“Penglihatan semakin hari makin kabur. Baru tahu seksanya rabun.

“Masa kecil, nak sangat rabun sebab ingin memakai cermin mata. Sanggup menonton televisyen dekat-dekat,” kongsinya di Instagram.

Tinjauan Utusan mendapati, rata-rata warganet memanjatkan doa buat penyanyi berkenaan agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.

Sekadar informasi, difaham Elyana kini masih menjalani rawatan kemoterapi untuk merawat kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya