“Allah, sampai menangis dengar, baru faham perasaan emak teruja…” -Emma Maembong. - Utusan Malaysia

“Allah, sampai menangis dengar, baru faham perasaan emak teruja…” -Emma Maembong.

EMMA bersama anakanda sulungnya, Shariq yang kini berusia 11 bulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon versatil, Emma Maembong menzahirkan rasa terharu dan gembira apabila putera sulungnya, Shariq Gabriel sudah pandai mengungkapkan perkataan ‘mama’ dengan sempurna.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem popular Kimci Untuk Awak itu memuat naik satu hantaran video yang memaparkan bayi lelakinya menyebut perkataan tersebut sambil merangkak.

Menurut Emma, dia mengakui perkara berkenaan secara tidak langsung membuatkan air matanya berlinang dan menyentuh naluri keibuannya.

“Sedang bekerja semalam, tiba-tiba pembantu rumah hantar video. Pertama kali Shariq menyebut ‘mama’ dengan betul.

“Selama ini mamam biasa sahaja. Allah, sampai menangis dengar. Baru memahami perasaan mak teruja bagaimana bila anak dia mula bercakap.

“Bayi pertama kan, biasalah emosi lebih sedikit dan anak saya sudah 11 bulan. Cepat sahaja rasa dah besar,” kongsinya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama menzahirkan rasa teruja mereka selain menitipkan pujian buat Shariq.

“Yeah, Shariq sudah pandai panggil mama,” komen seorang warganet.

“Aduh, dahlah kacak dan comel. Bijak pula itu,” komen lagi peminatnya yang lain.

Sebagai Informasi, Emma telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Shazril pada 20 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 11 November 2020.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya