Hidangan agar-agar adalah manisan yang jadi kegemaran ramai. Agar-agar adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada serbuk agar-agar, gula, air dan beberapa bahan yang menjadikan ia sedikit berbeza antara satu sama lain.
Cara buatnya juga ringkas dan mudah. Penggemar agar-agar mesti hendak cuba agar-agar blue ocean yang dikongsikan kali ini.
Tips menjadikan agar-agar blue ocean ini nampak cantik ‘berlumut’ adalah apabila campuran kesemua bahan agar-agar itu sedang mendidih, biarkan tanpa mengacau selama satu minit. Ini tips supaya menjadi ketulan seperti lumut. Selamat mencuba.
Resipi agar-agar blue ocean
Bahan-bahan:
- 1 biji telur
- 1 cawan atau 250 mililiter (ml) santan
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu besar pewarna biru
- 10 gram agar-agar serbuk
- 3½ cawan atau 875 ml air
- 1 cawan atau 200 gram gula pasir
Bahan-bahan lain:
- Bekas untuk mengisi bahan-bahan
- Periuk untuk masak bahan-bahan
- Loyang 6 inci diameter
- Lidi
Cara penyediaan:
- Di dalam satu bekas, masukkan 1 biji telur gred A atau B, 1 cawan santan pekat, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 sudu kecil garam halus, 1/2 sudu besar pewarna biru dan 10 gram agar-agar serbuk.
- Kemudian kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan ketepikan dahulu.
- Di dalam periuk, masukkan 3 1/2 cawan serta 1 cawan gula pasir dan masak sehingga gula larut dengan menggunakan api yang sederhana.
- Selepas itu, tuang campuran di dalam bekas tadi ke dalam periuk dan kacau seketika.
- Biarkan campuran itu hingga mendidih.
- Apabila mula mendidih biarkan dalam 1 minit tanpa mengacau. Ini tips supaya menjadi ketulan seperti lumut.
- Seterusnya kacau perlahan dan kemudian tuang ke dalam loyang 6 inci diameter.
- Cucuk dengan lidi untuk menghilangkan buih-buih di atas permukaan agar-agar itu.
- Sejukkan selama empat jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
- Potong ikut kreativiti.
Terima kasih: Samsiah Hj Mat Ali
Facebook: Samsiah Hj Mat Ali/https://www.facebook.com/samsiah.hjmatali
https://www.facebook.com/groups/mahn2/posts/4414841998569716