BAGI peminat muzik rock, pastinya ramai mengetahui konflik yang melanda kumpulan sohor tanah air, Search yang mana persengketaan melibatkan anggotanya masih belum memperlihatkan tanda reda dan bernoktah. Mereka dilihat saling menuding jari antara satu sama lain sehinggakan isu tersebut terpaksa dibawa ke muka pengadilan. Khabar Legenda meminta pandangan pemain gitar bass Search, Nasir Daud, 61, untuk merungkai masalah yang belum terlerai ini memandangkan dia ialah salah seorang anggota asal yang telah bersama kumpulan ini hampir 40 tahun lamanya. “Saya tidak boleh keluarkan sebarang komen kerana semuanya masih dalam proses mahkamah.”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya