JAKARTA : Pelakon muda, Shanice Margaretha Lie, kni semakin dikenali ramai menerusi pembabitannya sebagai bintang drama dari tanah seberang.
Wanita berdarah kacukan Indonesia dan Thailand ini juga semakin diminati ramai menerusi lakonan hebatnya dalam drama berjudul Naluri Hati, siaran SCTV.
Namun, siapa sangka dalam kesibukannya menguruskan jadual dan aktiviti seni, Shanice mempunyai satu hobi yang mungkin dipandang pelik oleh sesetengah orang.
Mengaku hobinya suka tidur, Shanice mendedahkan perkara itu semasa ditemu bual oleh media Indonesia baru-baru ini.
“Umum tahu, kerjaya sebagai pelakon sangat memenatkan kerana komitmen di set penggambaran yang biasanya berlangsung dalam waktu yang panjang.
“Pendek kata, memang melelahkan. Serius. Jadi bagi saya, tidur adalah pilihan terbaik bila ada masa terluang untuk mengembalikan tenaga. Ya, boleh dikatakan ini hobi saya,”katanya.
Selain itu, Shanice juga tidak menolak situasi pandemik kini juga pasti membuatkan rata-rata orang merasakan tidak bebas untuk kemana-mana.
“Situasi pandemik kini bukannya membolehkan kita bebas ke sana ke mari. Jadi, kalau saya, lebih baik tidur sajalah di rumah,”katanya.
Dalam pada itu, selain hobi tidur, Shanice juga mengaku andai berada di set penggambaran, sering sahaja dirinya menjadi sasaran teman-teman artis kenalannya bak ‘mangsa buli’.
“Kawan-kawan di set penggambaran Naluri Hati ini memang kuat menyakat dan ‘membuli’ saya. Tapi saya tak marah pun. Biasalah, mereka mahu bergurau mengelak stres di lokasi,”katanya.