Whatsapp minta duit, Hattan lapor polis - Utusan Malaysia

Whatsapp minta duit, Hattan lapor polis

Hattan menunjukkan salinan laporan polis berhubung whatsappnya digodam pihak tertentu bagi tujuan minta duit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Datuk Hattan menzahirkan rasa kecewa dan terkilan selepas aplikasi Whatsapp miliknya digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, dengan lantas dia mengambil inisiatif untuk membuat satu laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga agar kejadian sebegitu tidak berulang lagi.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Mahligai Syahdu itu memuat naik satu video yang memaparkan dia sedang memegang sehelai surat laporan polis yang dibuatnya.

“Saya baru balik daripada balai polis untuk membuat laporan polis. Telefon saya digodam. Petang tadi nombor telefon kawan saya yang ada gambar dia. Kemudian, dia Whatsapp saya konon-konon minta tolong.

“Malam ini gambar saya pula yang kena. Habis semua kawan-kawan saya terima Whatsapp katanya saya minta wang RM200 ke RM300. Itu adalah scam,” kongsinya menerusi video tersebut.

Dalam pada itu, Hattan menegaskan kepada orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melayan perkara berkenaan.

“Jadi, kita perlu hati-hati dan jangan layan perkara sebegini.

“Walaupun saya miskin, tiadanya pergi meredah hantar kepada orang macam ini,” katanya bernada tegas.

Sebelum ini, aplikasi Whatsapp pelakon senior terkenal, Mubarak Majid juga telah digodam oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab untuk memperdaya kenalan dalam senarai telefon bimbitnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya