Warganet minta Zul Yahya henti kongsi pandangan tentang vaksin - Utusan Malaysia

Warganet minta Zul Yahya henti kongsi pandangan tentang vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Zul Yahya sekali lagi menimbulkan rasa kurang senang warganet selepas memuat naik hantaran di entri Instagram miliknya yang dipercayai berkaitan dengan pengambilan vaksinasi.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon yang pernah mewarnai layar skrin ketika dahulu itu dilihat menyentuh isu diskriminasi yang didakwa berpunca daripada pengambilan suntikan berkenaan.

“Cobit (Covid-19) made in China membuka jalan kepada vaksum (vaksin).

“Vaksum membuka jalan kepada diskriminasi. Tahniah!” tulisnya di Instagram.

Sehubungan itu, tinjauan menerusi komen mendapati rata-rata warganet tampil menyuarakan pendapat tidak setuju mereka atas dakwaannya yang dilihat seolah-olah memerli usaha untuk kekang penularan virus berkenaan.

“Tak habis-habis dengan diskriminasi. Awak memilih untuk menjadi minoriti,” tegas seorang pengikut.

“Pergi sahajalah ambil vaksin itu, tidak susah mana pun. Larat ke mereput dekat rumah selamanya… warga emas lagi relaks pergi cucuk vaksin, elok sahaja hidup lagi sampai sekarang. Apa yang nak ditakut sangat entahlah,” komen salah seorang warganet.

“Kun Faya Kun, dicipta atau tidak. Bila kehendak Allah, maka terjadilah. Terus berdoa dan memohon pada yang Esa. Cool abang Papaya,” tulis warganet di ruangan komen hantaran tersebut.

Sekadar informasi, sebelum ini beberapa hantaran Zul telah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan provokasi apabila dikatakan memilih Haluan berbeza berkenaan vaksinasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya