"Usaha untuk hidupkan kasih sayang" - Liza Hanim - Utusan Malaysia

“Usaha untuk hidupkan kasih sayang” – Liza Hanim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: 18 mendirikan rumah tangga bersama Shahrin Samsudin yang juga anggota kumpulan Indigo, penyanyi dan pelakon, Liza Hanim bersyukur kerana dikurniakan keluarga cukup bahagia.

Bagi penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini, kebahagiaan dalam sesebuah institusi keluarga itu hadir dengan usaha daripada si isteri dan suami.

Katanya, tanpa kasih sayang dan persefahaman, hubungan antara suami isteri itu menjadi kosong dan suram.

“Bagi saya, setiap hari adalah hari yang baharu. Ini kerana, perangai kita sewaktu umur 20 tahun lain, begitu juga seterusnya.

“Dalam perkahwinan, setiap hari kita kena usaha untuk hidupkan kasih sayang antara suami dan isteri. Itu adalah perkara yang cukup penting,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Liza lagi, hubungan yang baik antara suami isteri bukan sahaja penting bagi perkahwinan yang berkekalan, malah boleh diteladani anak-anak yang juga satu hari nanti membesar menjadi dewasa.

“Tanggungjawab isteri itu berat kepada membesarkan anak-anak, memastikan mereka menerima pendidikan yang bagus dan hidup dalam zaman kanak-kanak yang menyeronokkan.

“Tetapi, harus diingat bahawa anak-anak tidak akan belajar apa-apa daripada ibu bapa yang mengabaikan kasih sayang antara mereka.

“Sebab itu kita kena pastikan hubungan antara suami isteri itu baik supaya anak-anak dapat melihat sendiri bagaimana cara layanan yang sepatutnya dilakukan seorang suami kepada isterinya dan begitu juga sebaliknya,” katanya lagi.

Tambah Liza lagi, pergaduhan antara suami isteri adalah perkara biasa yang sebenarnya mengajarkan kepada banyak perkara.

“Ada masanya gaduh antara suami isteri itu dapat mengajar kita tentang perkara yang perlu dilakukan dan yang jangan sesekali lakukan. Itu proses untuk lebih faham pasangan kita.

Selain itu, pelakon filem Laila Isabella ini juga menasihatkan kepada pasangan suami isteri agar kekal berkasih sayang agar hidup berumah tangga menjadi lebih harmoni dan berkekalan.

“Saya seorang yang manja. Saya tidak kisah kalau orang nak kata kita ini dah tua pun sibuk nak bermanja, pegang tangan dan sebagainya.

“Bagi saya, kalau itu lah yang membuatkan suami kita jatuh cinta kepada kita dahulu, tidak ada masalah untuk kita kekal sebagai diri kita yang itu.

“Jadi semarakkanlah kasih sayang itu. Kena ada usaha, keluar dating, makan dan sentiasa ingat, dia suami kita dan tetap yang pertama. Layan dia seperti khalifah kita, seorang pemimpin keluarga,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya