SEBENARNYA, bukanlah niat rasa di hati seorang lelaki bernama Zul Ariffin ini untuk galak berbicara mengenai kecenderungannya kini dalam bab mendalami agama. Dalam makna sebuah penghijrahan, dia sedar dirinya juga masih belajar. Bukan untuk menjadi seorang ustaz, bukan juga untuk menjadi orang dipandang alim. Terlalu jauh untuk difikirkan ke arah itu. Namun ternyata, Zul benar-benar memahami bahawa proses pembelajaran sebagai seorang manusia dan hamba-Nya hakikatnya tidak perlu ada noktah selagi nyawa masih diberi pinjaman. “Saya malu sebenarnya untuk bercakap hal ini. Takut terlintas riak dan ego. Takut juga ilmu yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya