Baru-baru ini, gambar pelakon popular, Uqasha Senrose lalu di garis masa Instagram Poklip. Terkejut sekejap sebab dia pakai baju nikah. Eh, sudah nikah ke? Ramai juga bertanyakan hal sama kepada Poklip.
Rupa-rupanya Uqasha adalah muse untuk koleksi busana perkahwinan baharu Rizman Ruzaini. Takkan tiba-tiba sahaja sudah nikah kan? Cukuplah Zizi Kirana dan Elizabeth Tan sahaja pandai simpan rahsia.
Ramai yang sedia maklum, Uqasha dan tunang, Kamal Adli sebelum ini menghitung hari untuk diijab kabul. Malangnya, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksana, perancangan tersebut terpaksa ditunda.
Jadi pastilah ramai yang tidak sabar-sabar dan acap kali bertanyakan bila agaknya pasangan sama cantik sama padan ini akan disatukan. Mungkin nak tunggu keadaan reda sedikit baru selesa mahu buat majlis kan.
Sama seperti perancangan Datuk Seri Vida. Dia sendiri cakap nak tunggu keadaan reda sebab mahu buat majlis gilang-gemilang. Wedding Of The Year orang kata! Jadi kita tunggu sahajalah berita baiknya.
Bukan apa, drama anak ‘geli’ tengok bakal bapa tiri ini rasanya sudah boleh dihentikan. Kalau mahu kahwin, tak perlu drama-drama. Terus sahaja akad. Masing-masing pun sudah suka kan, tunggu apa lagi.
Berbalik kepada Uqasha, Poklip doakan agar urusan pernikahan kalian dipermudah kelak. Poklip suka tengok Uqasha dan Kamal. Mereka bukan jenis tayang kemesraan sangat. Taklah asyik berkepit sahajakan. Eh!