Tukar teman lelaki macam tukar baju - Utusan Malaysia

Tukar teman lelaki macam tukar baju

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hari itu Poklip ada melepak minum teh ais dengan kawan. Dia ini boleh dikatakan penyimpan rahsia terbesar industri. Tanyalah apa sahaja gosip, dia tahu jawapannya. Kalau tidak pun, sekejap sahaja dia dapat info.

Sembang punya sembang, Poklip sempat bertanya betul ke seorang pelakon wanita ini sedang cuba mengurat seorang lelaki yang juga penyanyi. Dengar khabar pelakon itu memang beriya betul mahu bertemankan penyanyi itu.

Tapi bila dengar nama pelakon itu, reaksi si polan itu macam biasa sahaja. Riak wajahnya seperti sudah berpuluh kali dengar soalan itu. Poklip pun naik hairan. Kenapa buat muka macam tempe?

Rupanya, dakwa si polan itu, pelakon wanita tersebut memang selalu bertukar teman lelaki. Ibaratnya macam tukar baju dia buat. Hari ini bercinta dengan lelaki ini. Esok lelaki lain. Lusa kenal jejaka lain pula.

Wow! Terkesima sekejap Poklip dengar. Yalah, memanglah pelakon itu sudah solo dan cantik orangnya, tetapi takkan lah nak bertukar-tukar teman lelaki macam itu sahaja. Lagipun kegagalan rumah tangga dulu mesti beri pengajaran kan?

Tergelak teman Poklip bila dengar ayat itu. Dakwanya, pelakon itu memang sejenis suka tarik perhatian dan mencuba nasib berkenalan dengan artis lelaki. Pantang kacak sikit, cepat sahaja dia sambar.

Wah, macam jualan ikan segar murah dia buat ya! Mudah betul berganti hati. Tak berkenanlah kalau betul pelakon itu berperangai begitu. Cubalah belajar untuk setia. Tak rugi pun tau!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya