'Tiba-tiba diserbu...' - Young Lex dedah pernah difitnah guna dadah - Utusan Malaysia

‘Tiba-tiba diserbu…’ – Young Lex dedah pernah difitnah guna dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi rap, Young Lex mendedahkan sebelum ini pernah difitnah individu tertentu yang mengaitkannya dengan jenayah dadah.

Lapor portal Liputan6, pemilik nama penuh Samuel Alexander Pieter ini berkata, individu tersebut, yang benci dan dengki terhadapnya, bertindak membuat laporan palsu sehingga mengakibatkan kediamannya diserbu pihak berkuasa secara tiba-tiba.

“Pernah (diserbu) oleh pihak polis tidak lama sebelum ini, pada tahun 2020. Tiba-tiba diserbu, didakwa tentang kes salah guna dadah, saya sama sekali tidak takut.

“Digeledah, telefon bimbit diperiksa, ujian air kencing,” katanya ketika tampil di saluran Youtube, Uya Kuya TV.

Jelas penyanyi lagu Nyeselkan ini, meskipun diserbu secara tiba-tiba, dia tidak sedikitpun berasa gentar kerana tidak terlibat dengan kesalahan itu.

“Saya bertanya kepada polis, siapa yang melaporkan. Mereka merahsiakan.

“Mungkin (yang melaporkan) adalah masyarakat, atau orang yang dengki. Yang penting, pada waktu itu saya tidak bersalah, tidak positif (dadah).

“Terserah mereka, banyak perkara penting yang perlu saya tumpukan” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya