“Tiada kecederaan ditemukan“ - Bedah siasat Siddarth Shukla - Utusan Malaysia

“Tiada kecederaan ditemukan“ – Bedah siasat Siddarth Shukla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Tiada sebarang kesan kecederaan ditemukan keatas mayat aktor dan pengacara terkenal, Siddarth Shukla.

Lapor ndtv, sumber berkata perkara itu disahkan menerusi bedah siasat yang kendalikan tiga orang doktor pada Khamis malam waktu India.

“Tiada kecederaan luaran dan dalaman ditemukan,” katanya.

Kongsi sumber itu lagi, analisis kimia akan dilakukan keatas sampel visera yang diambil bagi menentukan punca sebenar kematian.

“Punca kematian hanya akan diketahui setelah kajian hispatologi dijalankan keatas sampel tersebut,” katanya lagi.

Upacara pembakaran mayat mendiang telah diadakan di Mumbai petang semalam.

Siddarth menghembuskan nafas terakhir pada Khamis ketika dibawa ke Hospital Cooper oleh ibu dan dua adik beradik perempuannya, semalam waktu India.

Menurut media tempatan, mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Namun, salah seorang doktor di hospital berkenaan berkata punca kematian buat masa ini belum dapat dipastikan.

Siddharth membuat kemunculan awal sebagai model sebelum beralih bidang kepada lakonan dengan memegang peranan utama dalam rancangan Babul Ka Aangann Chootey Na.

Pada 2014, Siddharth membuat penampilan sulung dalam arena filem Bollywood menerusi Humpty Sharma Ki Dulhania arahan sutradara terkemuka, Karan Johar.

Mendiang juga turut terkenal sebagai pengacara India’s Got Talent dan merupakan juara program realiti, Big Boss 13.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya