“Terima kasih benar industri seni kreatif ‘bernafas’ semula ” - DCAM - Utusan Malaysia

“Terima kasih benar industri seni kreatif ‘bernafas’ semula ” – DCAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Digital Creative Content Creators Associations Malaysia (DCAM), Ghaz Abu Bakar berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung sektor kreatif diberi izin bersyarat dalam Fasa 1.

Pengarah terkenal itu mengalu-alukan pengumuman baik dari pihak kerajaan kerana memberi kelonggaran dan kemudahan yang lebih baik di kala endemik ini.

“Saya memang mengharapkan sokongan penuh dari kerajaan di mana sebahagian pendapatan negara adalah datangnya dari sumbangan industri kreatif.

“Mungkin tiga peratus itu tidak banyak tapi kalau ditukar nilainya menjadi bilion nampaklah satu sumbangan kepada pendapatan negara,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, pengarah filem Bulan & Pria Terhebat ini menjelaskan, berita baik berkenaan akan membuatkan kru produksi yang sebelum ini terhimpit dengan komitmen hidup dapat melegakan hati mereka.

Ekoran itu, Ghaz turut berharap pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dapat mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya tanpa membebani warga kerja industri kreatif untuk melakukan penggambaran.

“Mereka sebelum ini tertekan dengan keadaan hidup dek tiada pendapatan untuk teruskan hidup bagi menyara keluarga, jadi saya amat berterima kasih.

“Harap kelonggaran SOP yang akan dikeluarkan pihak Finas juga tidak menyukarkan dan menyusahkan produksi untuk melakukan penggambaran seperti mana SOP sebelum ini, harap semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.

Sebagai informasi, kerajaan telah melonggarkan SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya