“Terima kasih abah” - Bapa Faizal dan Anas Tahir meninggal dunia - Utusan Malaysia

“Terima kasih abah” – Bapa Faizal dan Anas Tahir meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali.”

Itu kapsyen penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir di atas pemergian ayahanda tercinta, Dr. Mohammad Tahir Abdul Rahman pada usia 71 tahun.

Berita duka yang dikongsikan oleh penyanyi Assalamualaikum itu menerusi akaun Instagramnya turut memaparkan gambar gelap sebagai simbolik.

Sementara itu adiknya yang juga merupakan seorang penyampai radio Zayan, Anas memuat naik gambar Allahyarham Mohammad Tahir sekitar pukul 5.38 pagi hari ini.

“Terima kasih Allah, terima kasih buat segalanya. Terima kasih abah, kami cinta dan sayangkan abah sangat-sangat. Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali,” tulis Anas pada IG miliknya.

Menjengah pada hantaran perkongsian masing-masing, ruangan komen berkenaan dibanjiri doa dan ucapan takziah di atas pemergian ayahanda Faizal dan Anas.

Difahamkan Allahyarham merupakan bekas seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan dan ketika hayatnya aktif melakukan aktiviti kemanusiaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya