Tam hasilkan semula lagu Sejahtera Malaysia - Utusan Malaysia

Tam hasilkan semula lagu Sejahtera Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Vokalis kumpulan Spider dan komposer terkenal, Rustam Mustafah atau Tam, 48, berbangga memberi nafas semula pada sebuah lagu patriotik, Sejahtera Malaysia yang popular pada era 80-an.

Menurut Tam, bagaimanapun lagu tersebut bukanlah untuk tujuan komersial selain mengaku tiada niat untuk mengaut sebarang keuntungan daripada penghasilannya.

“Lagu itu saya hasilkan semula setelah mendapat saranan daripada seorang rakan yang juga penerbit untuk projek lagu ini.

“Bagi saya, ia satu idea yang baik. Tak salah pun dan boleh dilakukan demi untuk memberi impak positif,”katanya ketika ditemui di Kebun Che Mah, Kemensah, baru-baru ini.

Menurut Tam, sahabatnya, Hikmah Khalid yang juga pemilik kepada Kebun Che Mah tersebut mencetuskan idea untuk mengembalikan semula kemeriahan lagu itu sempena sambutan Hari Malaysia semalam.

“Pun begitu, ada kisah tersendiri di sebalik hasrat itu. Semasa dia mula-mula membuka jalan bagi membuka kawasan rehat di kebunnya ini, lagu itulah yang memberinya semangat.

“Berbekalkan sabit dan parang, menebas segala rumput, lalang dan pokok-pokok di sini, lagu itulah yang menjadi siulannya setiap hari.

“Satu yang saya kagum dengan Hikmah, projek lagu ini juga dilakukan bagi membantu orang-orang asli di sini dalam membangunkan kawasan riadah di hutan ini,”katanya.

Tambah Tam, Sejahtera Malaysia versi Spider gabungan bersama kumpulan nasyid Shoutul Faizin ini turut mempunyai muzik video yang mana, ia dimuat naik di saluran You Tube juga tanpa niat untuk meraih sebarang keuntungan.

Menurut Tam, dia berharap agar pendengar dan peminat dapat menerima versi baharu ini dalam membawa semangat cintakan tanah air.

Lagu asal Sejahtera Malaysia terbitan Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia telah dihasilkan sekitar tahun 80-an.

Lagu yang muziknya digubah oleh Faizal Ali itu dinyanyikan oleh Fauziah Ahmad Daud, Azlina Aziz, Rohana Jalil, Elaine Kang,Desre dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya