"Tak boleh terima kenyataan?" - Lana Nordin - Utusan Malaysia

“Tak boleh terima kenyataan?” – Lana Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Lana Nordin menasihatkan netizen yang tidak senang dengan kandungan di Instagram (IG) nya agar mengabaikan perkongsiannya.

Lana menegaskan dia mempunyai hak dan bebas untuk memuat naik apa sahaja kandungan di IG peribadinya.

“Kepada yang ‘bernanah’ tengok video-video saya, saya nasihatkan tak payah tengok sebab nanti mengundang drama.

“Saya tidak minta anda ikuti, lagipun engkau orang kata saya suam-suam kuku, tetapi datang juga tengok IG saya, dah kenapa?

“Suka saya nak kongsi apa pun! Apa pasal? Tak boleh terima kenyataan?” tulisnya berang.

Lana turut mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang tanpa sebab mengecam perkongsiannya di IG.

“Bila saya ‘cuit’ dan kecam, ada saya bising dekat IG engkau orang? Sekarang bila saya balik sini, kongsi, korang pula yang panas punggung kenapa?

“Sebelum kecam saya dahulu kamu tak fikir, sekarang tiba masa saya bagi keadaan sebenar kamu cakap saya riak pula?” Tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya