Tahniah Istana Budaya - Utusan Malaysia

Tahniah Istana Budaya

istana budaya national theatre, malaysia; Shutterstock ID 12199534; Your name (First / Last): Lauren Gillmore; GL account no.: 56530; Netsuite department name: Online-Design; Full Product or Project name including edition: 65050/ Online Design /LaurenGillmore/POI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, Poklip dihubungi pihak Istana Budaya susulan pertanyaan khabar dalam ruangan pojok ini minggu lalu. Poklip ada menimbulkan persoalan mengapa keadaan Istana Budaya nampak ‘usang’ tidak seperti dahulu.

Pertanyaan mereka juga mudah. Ketua Pengarah baharu Istana Budaya, Zaiton Md Desa cuma mahu menyelidik waktu dan hari Poklip melalui jalan di hadapan bangunan ikonik itu sehingga menimbulkan pertanyaan tersebut.

Lantas, Poklip tidak tunggu lama. Selang beberapa hari, Poklip ada mengunjungi Istana Budaya semula. Apa yang menggembirakan hati Poklip adalah keadaan sekeliling nampak kemas dan bersih.

Malah ketika waktu petang juga, tidak kelihatan daun-daun kering yang bertebaran di atas jalan. Nampaknya, satu tindakan pantas sudah diambil menunjukkan pihak Istana Budaya sungguh profesional dan terbuka.

Yalah, dengan pengumuman baharu kerajaan yang membenarkan industri seni dan kreatif beroperasi semula, pastinya Istana Budaya juga mempunyai perancangan sendiri. Sedikit sebanyak, kita boleh menarik nafas lega.

Kalau nak harap industri kembali meriah seperti dahulu, mungkin mengambil masa yang agak lama. Sementelah, kita juga bakal menuju ke arah endemik. Jadi pelbagai kaedah dan pendekatan baharu harus mula disusun.

Kita tidak mahu menyerah kalah awal dengan keadaan sekarang. Penggiat industri perlulah bersama untuk bangun semula memeriahkan kembali gelanggang rezeki ini. Tak apa, perlahan- lahan ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN