Siapa kata buat muzik buang masa? – Ryan dan Maeyo - Utusan Malaysia

Siapa kata buat muzik buang masa? – Ryan dan Maeyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH biasa dipandang rendah dan diperlekeh kerana mempunyai cita-cita untuk menjadi pemuzik, Ryan Razaly dan Maeyo enggan menyerah kalah apatah lagi berputus asa dalam mengejar impian mereka.

Kedua-duanya baru menapak dalam industri seni ini mengharungi cabaran sama iaitu dari segi sokongan yang diterima.

“Sebelum saya mula membuat muzik, ada kawan-kawan kata mereka akan menyokong tetapi akhirnya ramai yang pergi dari hidup saya kerana mereka tidak faham minat saya.

“Bagi mereka, duduk di studio untuk membuat muzik adalah perkara membuang masa dan tidak akan membuahkan hasil,” kata Ryan kepada Pancaindera.

Dalam pada itu, Maeyo turut menghadapi senario yang lebih kurang sama. Dia bercerita bagaimana dirinya yang kerap disindir oleh rakan-rakan sejak di bangku sekolah hanya kerana meminati muzik.

Katanya, rata-rata orang sekeliling mengatakan apa yang dilakukan itu adalah kerja sia-sia dan tidak akan menjamin masa depan yang baik.

Namun begitu, pemuda-pemuda ini tidak patah semangat. Sebaliknya, mereka ingin memberi 110 peratus fokus kepada menghasilkan muzik.

“Kami ingin buktikan kepada mereka yang kerja buat muzik pun boleh berjaya dan ada masa depan cerah,” kata Maeyo yang berusia 18 tahun.

Walaupun mencabar, mereka berani menyahut cabaran itu dan melakukannya sehingga berjaya.

Mereka sedar dalam mengejar impian, kesabaran amat diperlukan, umpama bara yang digenggam biarlah sampai jadi arang.

Bercakap mengenai karya mereka, baru-baru ini mereka berkolaborasi untuk mengeluarkan lagu bertajuk YOUNGBROKEMELAYU hasil ciptaan mereka dengan kerjasama kolektif Traphouze Records.

“Lagu itu kami cipta dengan spontan tak sampai 30 minit pun. Kami hanya melakukan sesi studio dari rumah masing-masing.

“Lagu itu mengisahkan tentang orang muda yang bertungkus lumus untuk bertahan dalam industri muzik. Walaupun tiada duit dan ‘cable’, masih mampu menghasilkan muzik berkualiti sebagai artis bebas (independent),” jelas Ryan yang berusia 21 tahun.

Ryan dan Maeyo walaupun masing-masing mempunyai pilihan genre lagu yang berbeza, namun mereka gemar bekerjasama untuk menghasilkan muzik. Sebelum ini, mereka juga pernah berkolaborasi untuk mencipta lagu berjudul Checks.

Lagu-lagu Maeyo dan Ryan masing-masing boleh didengari dalam laman Youtube dan Spotify di bawah nama Maeyo dan laman Youtube ryanrazaly_my.

Mereka berharap satu hari nanti dapat bekerjasama dengan label rakaman Def Jam atau label rakaman yang boleh membantu mereka menghasilkan karya masing-masing.

“Selain itu, kami juga berharap kolektif kami iaitu Traphouze Records dapat dikenali ramai dan mendapat pendedahan selayaknya kerana mereka turut meminati muzik,” kata Ryan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya