PETALING JAYA: Pelakon, Shaheizy Sam mengumumkan isterinya yang juga pelakon, Syatilla Melvin kini hamil tiga minggu.
Shaheizy atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, berkongsi khabar gembira itu menerusi beberapa keping gambarnya memegang kit ujian kehamilan di Instagramnya baru-baru ini.
“Produk terbaharu akan datang tidak lama lagi! Setelah RND lebih tiga minggu, dijangka bakal lancar bulan 5 tahun depan,” tulisnya teruja.
Kedua pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy hasil perkongsian hidup selama enam tahun.