"Saya tak mahu bersubahat sebar video aib"- Roslan Shah - Utusan Malaysia

“Saya tak mahu bersubahat sebar video aib”- Roslan Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara, Roslan Shah menegaskan dia enggan bersubahat dalam menyebarkan video yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal yang tular baru-baru ini.

Roslan atau nama sebenarnya Roslan Udin mendakwa menerima video berkenaan menerusi tiga hantaran aplikasi WhatsApp.

Namun penghibur asal Singapura itu menegaskan dia tidak bersetuju video itu ditularkan dan memilih untuk memadamnya dengan serta merta.

“Orang yang menghantar video itu sudah aibkan seseorang apa lagi kita yang menonton video itu pun sudah menjadi bersubahat.

“Sebenarnya, manusia (penyebar) itulah dikutuk Allah dan akan jawab di Padang Mahsyar serta merangkak untuk memohon maaf apa yang kita buat kepada manusia di dunia,” katanya.

Pada masa yang sama, Roslan menasihatkan agar penyebar video tersebut menghentikan kerja terkutuk itu dan berhenti mengaibkan individu terbabit.

“Biarlah pihak berkuasa yang buat kerja. Perkara yang berlaku Allah sudah tulis.

“Sedangkan Allah Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem Hantu Sei Ladi ini juga berharap netizen tidak menganggapnya ingin tunjuk baik apatah lagi mahu menjadi ustaz gara-gara tegurannya itu.

Tegasnya, dia hanya mahu berkongsi sedikit ilmu (agama) yang diketahuinya.

“Kita tidak perlu tambah lagi dosa. Semua manusia ada dosa dan pahala.

“Allah masih sayangkan kita dan semuanya urusan Allah, ujian kita, kena terima seadanya.

“Sebelum menyalahkan sesiapa, kita tengok cara hidup kita dahulu ya,” tegurnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya