KUALA LUMPUR: Menterian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan beliau sudah mengetengahkan isu pawagam yang masih belum boleh beroperasi ke Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut Annuar, bukan isu berkenaan sahaja malah perihal industri kreatif turut dibawa bersama untuk perhatian MKN.
“Ya, saya sedar keadaan pawagam-pawagam di Malaysia dan saya sudah bawa isu ini ke MKN bersama isu-isu lain berkenaan industri kreatif.
“Insya-Allah kerajaan akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi,” ciap beliau di akaun Twitter miliknya hari ini.
Terdahulu pihak Golden Screen Cinemas Malaysia memuat naik status mengharapkan keajaiban pengaruh KKMM untuk mengembalikan pawagam yang “ditidurkan” sejak berlakunya wabak berbahaya ini.
“Tolong jawab agar @AnnuarMusa dapat membuka semula pawagam kita ini,” ciap GSC.
Menjengah ruangan komen, majoriti rakyat berharap tampuk kepimpinan baharu KKMM dapat memberi nafas baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sewajarnya.