‘Saya sangat hargai doa dan mesej prihatin anda’ - Oksigen turun mendadak, Aishah perlu rehat - Utusan Malaysia

‘Saya sangat hargai doa dan mesej prihatin anda’ – Oksigen turun mendadak, Aishah perlu rehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aishah yang kini sedang dirawat di Hospital Ampang kerana jangkitan Covid-19 mengharapkan doa dan kata-kata semangat dari peminat.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin memberitahu keadaannya penat dan memerlukan rehat.

“Saya sangat hargai doa dan segala mesej prihatin anda. Tetapi sekarang saya sudah tak larat nak jawab.

“Minta maaf sangat, untuk keluarga dan rakan terdekat boleh rujuk anak saya, Armand atau Azhad atau boleh hubungi akaun @aishahfcff_official. Perlukan rehat,” tulisnya.

Terdahulu, tahap oksigen penyanyi ini yang sebelum ini stabil turun mendadak selepas tiub pernafasannya ditanggalkan.

Aishah pada 30 Ogos lalu disahkan dijangkiti Covid-19 selepas melakukan ujian calitan.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Ampang kerana tahap oksigen dalam badan mengalami penurunan mendadak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya