PETALING JAYA: Usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice menegaskan sekali lagi agar pihak berkenaan berlaku jujur kepada rakyat Malaysia mengenai fitnah terhadap dirinya, tempoh lalu.
Bagaimanapun, penyanyi itu memaklumkan masih belum mendapat jawapan daripada pihak tersebut walaupun sudah diberi masa.
“Kita pulang ke Malaysia dengan ugutan bunuh, kecaman serta kerugian lebih RM900,000 dalam perniagaan.
“Kita sudah hubung dan beri masa untuk pihak sana jujur dengan rakyat Malaysia pasal fitnah Caprice, tetapi pihak sana tidak membuat apa-apa,” katanya di Instagram.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu menitipkan rasa syukur kehadrat Ilahi akhirnya doakan dimakbulkan Allah selepas dikatakan satu persatu perkara sudah terbongkar daripada pihak berkenaan.
“Alhamdulillah, satu persatu bongkar. Allahuakbar, yang kata Caprice beria, bukan beria. Kita siap sujud syukur dan dapat semangat baru kerana tidak sangka doa-doa orang teraniaya diterima selaju ini.
“Sampai ke Malaysia, macam-macam bongkar. Mungkin ini, jihad baharu yang Allah nak kita buat sebelum Palestin. Cuma tahu dan sedar, cara Caprice memang kadang kala agresif.
“Selepas bincang dengan pihak @firdauswong, kaji bukti yang dia ada dan bila mangsa-mangsa baru sendiri hubungi Caprice tunjuk bukti serta minta tolong. Kita memang tidak akan beri dia muka,” ujarnya.
Terdahulu, kontroversi yang melibatkan dia dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew sebelum ini sememangnya telah menjadi bualan orang ramai apabila melibatkan isu misi kemanusiaan di Gaza.
Terbaharu, satu lagi kontroversi yang melibatkan pendakwah itu kembali meledak setelah sekali lagi dihimpit dengan dakwaan yang besar iaitu hubung kait dengan dakwaan serangan seksual.
Bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa dan warganet masih berteka teki dengan kesahihan pendedahan yang dilihat semakin berleluasa di media sosial, sejak kebelakangan ini.