Terkejut Poklip apabila seorang rakan mengadu perihal perangai seorang selebriti ini yang sungguh menjelikkan di media sosial. Suka sangat mempromosikan produk dengan drama murahan suami isteri.
Bila sebut drama murahan suami isteri, Poklip rasa semua fahamlah kan. Kalau sekadar adegan bergaduh atau merajuk manja, Poklip faham sangat. Biasalah kalau isu itu dijadikan kandungan media sosial.
Tetapi kalau dah sampai berlebihan, itu menjelikkan. Bak kata kawan Poklip tadi, hal rumah tangga yang kurang elok dipaparkan, cukuplah simpan sendiri. Ini yang kurang senonoh dijadikan content.
Poklip pun cubalah tengok-tengok Instagram selebriti itu. Memang dia dan isteri sering kali memuat naik video yang kurang senonoh untuk ditonton. Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Tak elok tau!
Rasanya selebriti itu boleh menggunakan pendekatan lain sebagai kandungan media sosial. Promosilah produk dengan idea yang lebih bermaruah dan tidak melanggar mana-man sensitiviti ya.
Janganlah guna hubungan suami isteri sebagai tiket ‘halal’ untuk memuat naik video yang bukan-bukan. Tidak sesuai untuk ditonton ya. Kita yang sudah berkahwin pun naik geli menonton.
Nasihat Poklip kepada semua, jagalah nama baik dan aib sendiri. Lebih-lebih lagi selebriti dan pempengaruh. Janganlah mengejar tontonan dan tanda suka yang tinggi sehingga sanggup menjual maruah sendiri.