KUALA LUMPUR : Pakar Motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah tidak menolak bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dalam usaha bersama-sama menyalurkan aura atau tenaga positif kepada golongan pelajar.
Menurut Fadzilah, sekiranya menyimpan hasrat mahu melihat anak-anak berkembang mindanya dengan baik dan positif, aura yang sama harus seiring disalurkan daripada golongan ibu bapa.
“Ada yang cuba pelbagai usaha untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran termasuk dengan menekankan aspek pemakanan dan pengambilan makanan tambahan untuk perkembangan minda.
“Tetapi, dalam sesetengah situasi sekiranya melihat anak atau pelajar itu keletihan, stres, masalah hilang fokus, mudah lupa atau mengalami masalah penghadaman, ibu bapa juga perlu menjayakan tanggungjawab mereka dengan menyalurkan hal positif.
“Golongan anak juga sama. Contohnya cuba belajar dengan ikut arah kiblat dan baca surah penenang hati. Pendek kata, keberkesanan sesuatu makanan tambahan itu akan lebih mujarab dengan cara dipraktikkan ibu bapa dan anak mereka,”katanya.
Sementara itu, berkongsi mengenai makanan tambahan yang dihasilkan dan diberi nama Excel Pro, Fadzilah sebagai pengasas mengaku bersyukur dan berbangga dengan perkembangan potensinya.
Ini kerana katanya,sejak dipasarkan pada 21 tahun lalu, tahun ini menyaksikan buat julung kalinya jenama di bawah syarikat Shafaz Trading Sdn Bhd itu menggunakan sistem stokis dan ejen.
“Kami juga memberi sokongan kepada tenaga pengajar dan golongan ibu bapa sendiri dengan mewujudkan program Webinar contohnya.
“Menerusi program sebegitu, pihak kami salurkan pelbagai maklumat berfaedah dan bermanfaat untuk diamalkan termasuk tips, nasihat dan perkongsian doa.
“Hingga kini kami mempunyai empat stokis, lebih 150 agen di seluruh Malaysia. Malah sistem ‘coach’ yang diamalkan masih dikekalkan dan terus bertambah bilangannya,” katanya.
Dalam pada itu, berkongsi mengenai sasaran jualan pada tahun ini, anak kelahiran Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor itu bersikap optimis,”katanya.
Tablet coklat tanpa gula ini diperbuat daripada kandungan premium seperti Bacopa, Omega 3, Prebiotik dan Probiotik dan mempunyai jaminan logo Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain memiliki sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP).
Ia didatangkan dalam bentuk botol dengan kuantiti 120 biji dan dijual pada harga promosi di bawah RM100.
Layari https://excelpro.solutions untuk tempahan dan butiran lanjut.