Penampilan baru Siti Nurhaliza dipuji - Utusan Malaysia

Penampilan baru Siti Nurhaliza dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, menerima pujian ramai menerusi penampilan terbarunya sempena pelancaran wajah baharu duta jenama Simplisity semalam.

Menggayakan sepasang busana berona merah jambu lembut, imej tersebut dianggap sangat sesuai dengan dirinya sekali gus menyuntik elemen classy selayak dirinya yang bergelar seorang penyanyi bertaraf nombor satu dalam negara.

Utusan Malaysia dalam satu tinjauan melihat rata-rata peminat dan pengikut memuji penampilan Siti itu selain ada yang membandingkan dengan imej-imejnya sebelum ini.

“Mohon sampaikan salam pada pasukan Simplysiti di sebalik sesi forografi ini ya. Kami menghargai dengan sepenuh hati usaha mereka untuk menampilkan the classy Siti Nurhaliza yang kami rindui,” kata satu ciapan pemilik akaun Bad_Arsila di Twitter semalam.

“Macam biasa, bila di tangan pasukan Simplysiti pastinya akan nampak cantik. Tapi, kalau pasukan yang lagi satu hmmmmmm….”tulis seorang pengguna akaun Twitter, Ini Alan.

Sebelum ini, penyanyi yang juga isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini sering kali mendapat kritikan daripada aspek imej dan penampilan ke majlis-majlis tertentu termasuk isu imej kulit album Manifestasiti 2020 yang dikatakan umpama kulit muka hadapan majalah hartanah.

Dipercayai, ramai kalangan pengikut mahupun peminat yang mengkritik imej sebelum ini cenderung merujuk kepada hasil kerja pasukan Siti Nurhaliza Production (SNP).

Bagaimanapun, perkara itu telah mendapat pembelaan Siti yang meminta agar semua pihak menghormati keputusannya selain usaha pasukannya yang sentiasa bertungkus-lumus menjaga reputasi dan kerja-kerjanya.

Selain itu, terdahulu, Siti dalam satu hantaran di Instagram memperkenalkan wajah baru jenama Simplysiti iaitu Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, yang dipilih sebagai duta jenama produk tersebut.

Zahra merupakan pemenang Pencarian Wajah Simplysiti yang diadakan pada bulan Jun lalu yang mana pertandingan itu dilaporkan telah menerima lebih daripada 700 penyertaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya