OBTV pilihan tontonan baru - Utusan Malaysia

OBTV pilihan tontonan baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sejak mula dilancarkan pada Januari lalu, program hiburan OBTV terbitan REV Media Group (RMG) yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Media Prima adalah antara yang mendapat sambutan penonton.

OBTV adalah sebuah program kapsul hiburan socialtainment berdurasi 5 minit yang berkongsi kisah-kisah viral dan berita-berita menarik sepanjang minggu dari hiburan, gaya hidup dan banyak lagi.

Menurut penerbit Ash Nordin, OBTV telah pun bersiaran selama lebih 34 minggu dan membariskan penyampai daripada bakat dalaman RMG yang cukup bertenaga iaitu Nasha Nazari, Shafika Suhaimi, Danial Nawawi, Ash Nordin, Najmi Suhaimi dan Petchmono yang memberikan sentuhan lebih bersahaja dan segar.

“OBTV merupakan sebuah program berbentuk hiburan yang agak berbeza dengan program hiburan sedia ada seperti Mbuzz. Berita-berita menarik dan kisah viral diambil dari seksyen ‘Kini Trending’ yang ditulis oleh penulis-penulis di laman portal OHBULAN! Sendiri.

“OBTV mula bersiaran pada 1 Januari 2021, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7.55 malam secara eksklusif di TV9, namun, sejak 1 Ogos 2021, waktu siaran telah ditukar menjadi 6.55 petang,”katanya.

Jelasnya lagi, terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan sepanjang OBTV bersiaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Selain waktu siaran yang telah ditukar, rakaman juga telah dilakukan di rumah masing-masing sehingga keadaan kembali selamat dan pulih untuk berada di studio.

OBTV juga boleh ditonton secara dalam talian di www.tonton.com.my pada hari yang sama atau tonton siaran ulangan di laman YouTube OHBULAN OFFICIAL dan Facebook OHBULAN!.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya