Netizen tegur “jihad” Caprice - Utusan Malaysia

Netizen tegur “jihad” Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara memuat naik penggambaran muzik video di Jordan, selebriti dan aktivis Caprice dikecam hebat oleh ahli jabatan netizen negara.

Menerusi muzik video berjudul Tiger of Al Quds yang dikongsi oleh Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli di Reels Instagram miliknya turut diiringi kapsyen ringkas.

“Selamat tinggal Jordan, jumpa sebentar lagi Malaysia dan doakan saya selamat,” kongsinya semalam.

Bagaimanapun, segelintir netizen berpendapat itu adalah cara pendekatan jihad Caprice di sana untuk mendapatkan pengaruh untuk memudah cara misinya kelak.

“Caprice nak bagi nama dia naik dan ramai kenal dulu di sana. Dia guna alternatif macam ini dulu. Bila sudah ramai kenal, pengaruh makin besar baru senang nak hasilkan misi di sana itu.

“Lain orang lain cara dia bossku semua. Ikutlah medium apa pun, mungkin kita belum nampak hikmah di sebalik semua ini. Doakan yang baik-baik saja.

“Cukuplah dengan perangai sampah netizen (mata lalat) asyik cari benda kotor saja. Aku bukan penjilat, cuma cuba sedaya upaya sangka baik pada semua orang dan lihat kebaikan dalam diri setiap orang, wallahuaklam,” komen pengguna di IG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya