PETALING JAYA: Penampilan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu tampil berhijab baru-baru ini, telah mencuri perhatian warganet di Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, penyanyi lagu popular Cintaku 100% itu dilihat tampil lebih sopan dan ayu dengan berkongsi hantaran yang memaparkan aktiviti hariannya.
Antara hantaran yang telah mencuri perhatian peminatnya adalah gambar semasa dia melakukan aktivti dine-in di salah sebuah restoran, pada 1 September lalu.
Menerusi hantaran yang berbeza pula, ramai dalam kalangan pengikutnya di Instagram melontarkan komen memuji penampilannya serta mendoakan penyanyi berkenaan agar terus istiqamah untuk berhijrah.
“Cantiknya Mummy pakai tudung, sejuk hati tengok,” puji salah seorang peminatnya.
“MasyaAllah cantiknya, nampak lain. Nampak lembut, kalau tidak nampak garang,” seloroh salah seorang pengikutnya.
“Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah. MasyaAllah, cantik ya Mummy. Semoga terus istiqamah,” tulis peminatnya.
Sebelum ini, terdapat beberapa artis wanita turut mengenakan hijab antaranya ialah Izara Aisyah, Betty Rahmad, Farah Nabilah serta Nana Mahazan.