"Nak menipu satu dunia fasal apa mereka buat, biarkan sajalah!" - Micheal Ang - Utusan Malaysia

“Nak menipu satu dunia fasal apa mereka buat, biarkan sajalah!” – Micheal Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Michael Ang memaklumkan dia hanya bercakap dan berkongsi mengikut kemahuan diri sendiri dan bukan kerana suruhan jabatan netizen negara.

Michael memuat naik status di InstaStory miliknya, berkata, segala bukti aib seseorang yang dikirim netizen di mesej Instagram tidak bermakna dia berhak menularkannya.

“Kebelakangan ini banyak betul yang mesej aku, apa motif? Tahu netizen Malaysia memang cekap bab cari bukti nak mengaibkan orang.

“Tapi tidak bermaksud boleh sebarkan bukti-bukti ini dan suruh aku tularkan. Aku muat naik dan cakap bukan ikut kata orang!

“Tapi kau orang memang hebat sampai tangkap layar WhatsApp pun boleh dapat ya!” ujarnya.

Sementelah itu, Michael memohon agar dia tidak dihujani lagi kiriman seumpama itu bagi mengelakkan rasa ingin berkongsi perihal peribadi seseorang.

Menerusi kapsyen hantaran di IG, pengarah lantang itu berkata, apa pun perbuatan individu terserah pada mereka.

“Biarlah apa orang nak buat, bercuti, langgar prosedur operasi standard (SOP), nak jadi ratu anti vaksin atau pun bongkak sebab dapat lawan perintah kerajaan.

“Selain itu, nak menipu satu dunia fasal apa mereka buat, biarkan sajalah! Kita jaga diri kita sudah! Sayang anda semua dan tolong jaga diri! Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga!,” coretnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya