Mencabar jaga bapa mertua sakit Alzheimer - Jasmin Hamid - Utusan Malaysia

Mencabar jaga bapa mertua sakit Alzheimer – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Jasmin Hamid, 47, mendedahkan pengalamannya menjaga bapa mentua disifatkannya sangat mencabar meski penyakit Alzheimer dan Dementia yang dihidapi sama sebagaimana arwah bapanya sebelum ini.

Menurut Jasmin, keadaan penyakit yang dialami bapa mentuanya itu adakala lebih memberi tekanan terutama dalam situasi pandemik kini.

“Cabaran menjaga bapa mentua, tak sama macam saya menjaga arwah baba saya. Walaupun penyakit yang dihidapi mereka sama. Adakalanya memang menguji kesabaran kita sebagai anak dan manusia.

“Hendaknya di musim pandemik. Walaupun dia sudah lengkap divaksinasi, tetapi dia tidak faham tentang bahayanya wabak ini yang boleh membawa maut. Sentiasa nak kena turut kehendaknya.

“Kalau tidak dia akan meroyan.Tahap kesihatan dan ingatannya juga makin merosot. Ada sampai satu tahap, kami rebah dengan kerenahnya,” katanya dalam satu perkongsian di akaun Instagram semalam.

Pun begitu, pelakon drama Cukup Derita Itu ini mengaku tetap bersyukur kerana dia dan keluarga dikurniakan Allah SWT peluang untuk menjaga orang tuanya itu.

“Bapa mertua saya sudah berumur 86 tahun. Satu-satunya pintu syurga yang Allah SWT masih pinjamkan untuk kami. Taraf bapa mentua sama seperti bapa kandung. Tidak batal wuduk dan mahram kekal.

“Memandangkan ibu bapa adalah ladang pahala dan pintu syurga, kami kuatkan hati dan iman bila menjaganya. Ini adalah amanah dari Allah SWT,”katanya.

Dalam pada itu, Jasmin menegaskan, tujuannya berkongsi mengenai perihal ini bukanlah untuk meminta simpati atau pun pujian.

Namun katanya, dia berharap agar setiap yang membaca perkongsiannya itu dapat mendoakan dirinya dan keluarga untuk terus kuat semangat, diberikan kesihatan yang baik dan ditinggikan kesabaran.

“Mungkin ada antara kalian yang pernah lalui fasa yang sama,menjaga bapa mentua. Sebab, adakalanya, dia anggap saya hanya menantu dan tak ada hak bersuara dan menjaganya bila datang penyakit.

“Moga Allah berikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi buat kami untuk menjaganya. Hanya kalian yang melalui pengalaman menjaga Ibu bapa yang mengidap penyakit ini sahaja yang lebih tahu cabarannya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya