“Memang saya digugurkan 100 episod…” -Rita Rudaini jawab isu digugurkan satu produksi - Utusan Malaysia

“Memang saya digugurkan 100 episod…” -Rita Rudaini jawab isu digugurkan satu produksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Rita Rudaini mendedahkan dirinya digugurkan oleh salah satu produksi selepas menimbulkan tanda tanya ramai pihak mengenai kesahihan pernah ditolak dari naskhah 100 episod.

Menurut Rita, dia mengakui perkara tersebut menerusi Instastory yang dimuat naiknya di entri Instagram kerana jelasnya, produksi berkenaan sering kali mempromosi pengambilan vaksinasi di media sosial.

“Ya, memang nama saya digugurkan untuk 100 episod oleh satu produksi yang kuat mempromosi vaksin 24 jam tujuh hari seminggu di media sosial kerana saya belum divaksin.

“Tetapi tidak mengapa, apabila saya mudahkan kerja mereka, moga Allah memudahkan kerja saya juga,” coretnya di Instagram.

Menerusi hantaran Instastory yang berbeza, Rita mempersoalkan segelintir pihak yang masih lantang bersuara mengenai artis atau penggiat seni yang belum mengambil vaksinasi.

“Kenapa nak marah kami rakan industri lain tidak vaksin? Kamu semua dah vaksin dan menjalani pengambaran kan? Yang tidak vaksin duduk rumah tak melakukan pengambaran, tiada di set pun.

“Jadi, kenapa kamu semua nak gelabah mengamuk? Nak takut apa? Kata ancam nyawa oranglah bagai. Eh? Kita orang semua tiada di set, kenapa takut sangat dengan kami ini?

“Semua di set itu kan sudah vaksin, jadi? Aduhai, rilekslah kita orang tidak kemana pun, duduk di rumah sahaja. Jangan risau,” ujarnya lagi.

Tidak mengambil pusing dengan segala spekulasi mengenai dirinya menghadiri ke set pengambaran, pelakon tersebut sentiasa mendoakan semua penggiat seni agar dipermudahkan segala urusan.

“Chill kawan-kawan, kami rakan seperjuangan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kita semua. Baik yang di set atau yang berada di rumah. Doa yang baik sesama insan,” katanya.

Semalam, pelakon itu memuat naik satu Instastory yang didakwa difitnah rakan industri yang menyatakan dirinya sedang menjalani pengambaran walapun belum divaksin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya