KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Almy Nadia mendedahkan lapan ahli anggota keluarganya di Balik Pulau, Pulau Pinang, positif Covid-19.
Berkongsi khabar duka itu, lebih sedih apabila Almy tidak dapat berbuat apa-apa kerana berjauhan.
“Minta jasa baik semua doakan keluarga kami terutama ibu saya yang kategori berisiko tinggi.
“Maafkan kakak mak, kakak hanya mampu doa dari jauh untuk mak cepat sembuh,” ujarnya di Instagram, semalam.
Sebelum itu, di InstaStory Almy memberitahu ayahnya selamat daripada dijangkit wabak tersebut sementara ibu, anak angkatnya, adik dan suaminya serta empat orang anak buahnya disahkan positif.