KUALA LUMPUR: Penyanyi dan aktivis, Caprice atau Ariz Ramli sudah tiba masanya untuk dia segera menamatkan zaman bujangnya.
Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata demikian di Instagram sebagai menjawab pertanyaan peminat apabila dia dilihat kerap bekerja dan secara tidak langsung berkemungkinan lewat dapat jodoh,
“Dengar sini ya… saya seorang yang suka dan seronok bila bekerja. Tiada siapa yang boleh hentikan saya.
“Tapi awak betul, kita memang kena kahwin dah, Insya-Allah akan tiba masanya,” ujarnya
Sementara itu, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu meluahkan rasa hiba pada perkongsian hantaran berbeza di InstaStory berhubung “tamparan” netizen yang mengecam hebat terhadap dirinya sebelum ini.
“Saya baca mesej anda semua. Sejujurnya saya berterima kasih kepada semua yang tampil mesej saya. Terasa nak nangis.
“Mungkin perasaan bercampur aduk terlalu simpan banyak perasaan selama tiga bulan lalu atau macam sikit lagi nak bebas,” luahnya.