Kim Kardashian bertopeng aneh semasa bersiar-siar - Utusan Malaysia

Kim Kardashian bertopeng aneh semasa bersiar-siar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti dan bintang siri Keeping Up With the Kardashians, Kim Kardashian, 40, tampil dengan imej pelik yang menyaksikan dia menggayakan busana bertopeng sepenuhnya daripada kepala sehingga ke kaki.

Kim tampil dengan persalinan yang diperbuat daripada material kulit berwarna hitam itu ketika dilihat tiba ke bandar New York kelmarin.

Antara ciri yang ada pada topeng yang digayakannya itu, memiliki zip pada bahagian mulut dan mata dan disarungkan ke bahagian wajah dengan membiarkan cuma bahagian rambutnya sahaja yang jelas boleh dilihat.

Menurut laporan media antarabangsa, Kim juga berkongsi gambarnya dalam persalinan pelik itu di akaun Instagramnya dengan meletakkan tanda nama pereka fesyen Balenciaga, Demna Gvasalia pada gambar tersebut.

Barangkali Kim mungkin mahu dilihat berani dalam penggayaan sedemikian, namun rata-rata peminat dan warganet yang menilai menganggap fesyen itu serba tidak kena.

“Adakah Kim tersalah berfesyen atau dia sengaja mencipta aura cerita-cerita seram Amerika?” tulis seorang pengikut di Instagramnya.

Selain itu, ada juga yang mengesyaki Kim mungkin terlalu malas untuk bersolek seperti biasa, maka busana itu dilihat paling ‘sesuai’ dikenakan apabila mahu keluar bersiar-siar.

“Bila anda rasa anda tidak mahu bersolek cantik sebelum keluar, inilah fesyen yang sesuai,”kata seorang pengguna.

Kim dan bekas suaminya, Kanye West, sebelum ini pernah dilaporkan memakai busana yang lebih kurang sama beberapa bulan lalu yang menutup sepenuhnya wajah mereka dan ia juga merupakan hasil kerja tangan jenama yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya