“Jatuh di bilik air” – Intan Maya rentap betulkan tulang kaki sendiri - Utusan Malaysia

“Jatuh di bilik air” – Intan Maya rentap betulkan tulang kaki sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Intan Mata terpaksa membetulkan tulang kaki sendiri gara-gara terjatuh di bilik air di sebuah universiti tempatan Putrajaya, pada Jumaat lalu.

Menurut vokalis anggota kumpulan The Girls 2001 ini, akibat menjadi “doktor pakar ortopedik” diri sendiri menanggung derita sehingga pengsan.

“Semalam (Jumaat) punya cerita hantar si kembar (sepasang cahaya mata Intan yang kini berusia 18 tahun) ke vaksin. Sudahnya aku yang duduk di kerusi ini.

“Jatuh dekat bilik air, tulang kaki beralih arah. Terpaksa rentap betulkan sendiri. Sakit punya fasal sampai pengsan.

“Aku sudah berhati-hati pakai selipar saja pun. Lantai itu licin dan basah, macam itulah jadinya,” ujar Intan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi gambar berkenaan, Intan yang memakai baju warna kuning longlai di kerusi roda.

Pada hantaran berbeza, Intan turut memuat naik gambar menunjukkan dia menggunakan tongkat bagi membantu dirinya untuk berjalan.

“Ha itu peneman (tongkat) aku. Ini rasanya ke hospital. Simen sajalah kaki ini.

“Aku betul-betul sudah tidak tahan. Tahan sakit saja, kaki bengkak teruk sudah,” ujarnya pada gambar yang menunjukkan sedang menjalani rakaman suara di studio.

Menjengah di ruangan komen, majoriti pengikutnya memanjatkan doa semoga Intan cepat sembuh dan segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya