“InsyaAllah kami semua kuat untuk tempuh bersama” – Ibu bapa Azzam Sham sah positif Covid-19, datuk pula meninggal dunia - Utusan Malaysia

“InsyaAllah kami semua kuat untuk tempuh bersama” – Ibu bapa Azzam Sham sah positif Covid-19, datuk pula meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Azzam Sham berkongsi berita duka bahawa datuknya telah kembali ke Rahmatullah pada selasa selepas, dipercayai akibat komplikasi jantung.

Seterusnya, penyanyi lagu Cinta Jangan Pergi itu turut memberitahu kedua ibu bapanya yang telah lengkap dos vakisinasi disahkan positif Covid-19, pada hari yang sama.

Sehubungan itu, dia memohon orang ramai untuk menitipkan doa buat keluarganya agar diberikan kekuatan dan kesembuha untuk melawan virus tersebut.

“Hari ini besar ujian buat kami sekeluarga tempuh. Kehilangan datuk, ibu dan ayah positif Covid-19.

“Alhamdulillah, Azzam dan adik-adik negatif. Cuma ayah serta ibu positif. Doakan ibu bapa Azzam cepat sembuh ya,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, dia menzahirkan penghargaan buat semua yang mendoakan kesejahteraan dan meniupkan kata-kata semangat kepada keluarganya agar cekal menempuhi ujian Allah.

“InsyaAllah, kami semua kuat untuk tempuh semua ini bersama.

“Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang Azzam sendiri tak sempat balas. Azzam hargai semuanya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya