“Ikutlah SOP yang ditetapkan” – Eoon Shuhaini - Utusan Malaysia

“Ikutlah SOP yang ditetapkan” – Eoon Shuhaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah, Eoon Shuhaini terkejut apabila mendengar berita ada produser produksi yang membenarkan pelakon “kosong” vaksinasi turun ke lokasi penggambaran, baru-baru ini.

Jelasnya ketika dihubungi, setiap warga kerja mestilah lengkap dua dos vaksinasi dan patuh prosedur operasi standard (SOP) lain ketika menjalani akitiviti penggambaran.

“Kecoh juga dalam grup WhatsApp berkenaan berita itu. Entah macam mana agaknya boleh terlepas ya?

“Kalau ada pelakon yang tidak lengkap mahu pun tidak mengambil vaksin dan bekerja dengan saya, saya tidak mahu mengarah. Risiko bukan kepada saya saja tapi orang sekeliling juga.

“Semua penggiat seni seharusnya kena ikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas),” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Eoon mengambil peluang merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, atas inisiatif kelonggaran sektor kreatif kembali bernafas.

“Alhamdulillah, ini bermakna mereka yang sepatutnya menyambung semula penggambaran tertunda di lokasi negeri Fasa 1 Pemulihan Pelan Negara (PPN) akhirnya dapat bekerja semula,” ujarnya yang sedang melunaskan baki penggambaran cerita seram di Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya