Ibu Ramlah Ram dibenarkan pulang ke rumah - Utusan Malaysia

Ibu Ramlah Ram dibenarkan pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Ramlah Rah menzahirkan rasa syukur apabila ibu kesayangannya dibenarkan pulang ke rumah setelah dirawat di hospital akibat jangkitan Covid-19.

Perkembangan tersebut dikongsikan penyanyi Diam-Diam Jatuh Cinta itu menerusi Instagram (IG) baru-baru ini.

“Alhamdulillah, mak saya telah pun discharge semalam. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sentiasa mendoakan kesembuhan mak saya.

“Semoga Allah SWT akan membalas jasa baik anda berlipat kali ganda. Terima kasih sekali lagi,” tulisnya di IG.

Ramlah diawal perkongsian tersebut sempat memohon maaf kerana tidak berkesempatan menjawab pertanyaan dan komen peminat di media sosial.

“Saya ingin mohon maaf kerana tidak membalas komen anda atas sebab tidak berkesempatan untuk menyemak IG kerana terlampau fikirkan keadaan mak saya,” tulisnya.

Ramlah pada 19 September lalu telah memaklumkan bahawa ibu dan adiknya dijangkiti virus tersebut.

Penyanyi tersebut turut meluahkan kerisauan lebih-lebih lagi buat ibunya yang berusia 80 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya